Aug 19, 2011

Ini Kisahku ~ Wardina ~

Alhamdullilah..
seronok cheq tgk Wardina bercerita tentang kisah hidup die..n hidayah Allah yang die dpt..huhu..
sangat2 beruntung si Wardina nie dapat hidayah Allah..mari tonton bersame2..yang baik jadikan tauladan..

Allah akan memberikan hidayah kepada sesiape sahaja yang dikehendakiNya..smoga kite juga diberikan hidayah seperti Wardina nie..


I trust Allah..
Allah is the best for me..
This is the best for me..
Islam is cool..
Islam is only way of life..



pssst : igt lagi seseorg penah berkate pade cheq..lakukan lar perkara2 baek..supaya Allah sentiasa memandang da memerhatikan kite..jgn buat jahat,..tkot nati..Allah xlg mahu melihat dan peduli kan kite..hurm...

Rabbana latuzikulubana bakdaizhadaitana wahablana minladunkarahmah..inakaantalwahhab..
Ya Allah Ya Tuhan ku..jangan lah Kau tarik hidayah ini setelah Kau berikan kepada aku..



Aug 18, 2011

luahan rasa

haish...entry kali nie adelah luahan rase hati cheq..
ape lar nk jadi dengan sesetengah budak2 muda skang..
hidup ibarat xde hala tuju..
ape yang sebenarnye yang dorang fikir..
hidup hanye skali?? mase muda hanye sekali?? enjoy dulu..tua baru bertaubat??
ingin sekali meyelami hati mereka..dan tahu ape yg mereka fikirkan..
penah xdorg fikir..orang muda pn boley mati..klu da mati..camne nk tunggu tua nk bertaubat?

tu belom masuk part yg jual badan..ganggu rumah tangga orang..NAUZUBILLAH..
xfikir ke dorg..org yang dorg cintan sgt 2..blom tentu nk kawen ngan dorg..
nisbah lelaki lebey bnyk dari perempuan masa ini..nape perlu ganggu rumah tangga orang..
nak kate suami org 2 hensem + gagah + macho..xde langsung kreteria2 2..
tp still ade nk ganggu..nk kate suami org 2 ade duwit..
pokai memanjang aku tgk..silap2 kije pn x..huhuhu..ape yang dorg kejar pn cheq pn xpaham..
ade sesape yg bace entry nie..leh bgtau cheq..
supaye cheq boley menilai hati mereka..
die pn perempuan,.yang diganggu tu pn perempuan..xpenah fikirkah hati si isteri..
sedang kan klu org amek boipren ko pn ngamok cm kene rasuk hantu..
nie kang plak klu amek suami..cmne lar agaknye..

skang Allah bayar cash atas dunie..wut u give..u get back..
takut lar dengan balasan Allah..sesungguhnye..balasan Allah itu benar..
mati itu benar,...syurga neraka itu benar..maka beringat2 lar kite sesame insan..
takutkan balasan Allah..takutkan syurga neraka yang Allah ciptakan..

Ya Allah..selamat kan lar aku, suami & anak dari perbuatan yang mendatangkan kemurkaanmu..Aminnn..




Aug 12, 2011

Daddy Sex Tu Ape?? - sumthing can make you laugh..

DADDY SEX TU APE!!!!!
Suatu pagi seorang anak yang baru masuk sekolah primary bertanya kepada daddynya,

'Daddy.daddy. ...sex tu apa, daddy..?'
Terkulat-kulat si ayah. Terfikir dia tentang arus kemodenan zaman sekarang yang membuatkan manusia berfikiran terbuka, termasuklah anak- anak yang masih kecil.. 



Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang hangat dibincangkan, mulalah si ayah mencari-cari jawapan yang sesuai dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan moden.

Maka si ayah pun memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang dan bunga,telur yang yang menetaskan berudu dan seterusnya menjadi katak, hujan serta benih yang mencetuskan tunas, diikuti dengan pembentukan bayi dalam kandungan.

Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si ayah menyelitkan pula kisah percintaan antara dia dan mamanya sejak dari zaman sekolah menengah lagi hinggalah kepada kelahiran seorang bayi comel iaitu si anak yang bertanya itu. Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak. Si ayah kehairanan.

'Eh kenapa ni?'
Si ayah bertanya kehairanan. Si anak masih juga menangis.
'Jawapan daddy tu panjang sangat, tapi tempat nak tulis jawapan ni pendek. Daddy ajalah yang tulis, waaaaa!!!!'
Kata si anak lantas menyerahkan buku latihan Bahasa Inggerisnya yang pada muka depan tertulis.... .



Scroll Down..












Name :........................
Class : .........................
School : .....................
Sex : ...........................


hahahahaha...

Aug 11, 2011

KISAH ANAK DERHAKA KEPADA IBUNYA

" Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah
hari itu. 1 September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng-gelengkan kepala.

Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata saya didalam
hati. Setelah enjin motosikal dimatikan, saya berjalan ke arah mereka.

" Bincang apa tu? Serius aku tengok," saya menyapa.
" Haaa...Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari
kubur emak dia? " kata Jaimi, kawan saya.
" Budak perempuan? Tak boleh keluar dari kubur? Aku tak faham bah,"
jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu.

" Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, " di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu. Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia... tapi belum boleh lagi ".

" Kenapa jadi macam tu? " saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih
mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual..

Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari
kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur belasan
tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar
bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah
berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.

" Bukannya banyak, RM 20 aja mak! " gadis itu membentak.
" Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya perlahan.
Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia
mengidap darah tinggi,lemah jantung dan kencing manis.

" Maaak... kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak," kata
gadis itu.
" Yalah, mak tau... tapi mak tak ada duit," balas ibunya.
" RM 20 aja! " si gadis berkata.
" Tak ada," jawab ibunya.
" Emak memang kedekut! " si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.

" Bukan macam tu ta..." belum pun habis ibunya menerangkan, gadis tersebut
menyanggah, katanya,
" Ahhh...sudahlah emak! Saya tak mau dengar! "
" Kalau emak ada du... " ibunya menyambung , tapi belum pun habis
kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ;
" kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada! "

Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai.
" Saida.. Sai.. dddaaa.." katanya perlahan sambil mengurut dada. Wajahnya berkerut menahan sakit.

Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik, dibalingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan sementara di luar, suasana sunyi sepi.

Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah terkejutnya
dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila dipegang ke pergelangan tangan
dan bawah leher, tidak ada lagi nadi berdenyut.

Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya,tapi tidak
bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melalui jiran-jiran,
kematian wanita itu diberitahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar.

Jaimi menyambung ceritanya; " Mak cik tu dibawa ke kubur pukul 12.30 tadi.
Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak dimasukkan
ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat bantu."

" Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur."

Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah
ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat
tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.

Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad.
Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba
kakinya tidak boleh diangkat. Ia seperti dipaku ke tanah. Si gadis mula cemas.

" Kenapa ni ayah? " kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi.
" Apa pasal," Si ayah bertanya.
" Kaki Saida ni.. tak boleh angkat! " balas si gadis yang kian cemas.

Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang
menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.

" Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat.... ... tak boleh nak naik,"
gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.

Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi dipanggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil.

" Ayah...kenapa ni??!! Tolonglah Saida, ayah.." si gadis menangis
memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.

Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cuba menariknya
beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di
tanah. Tangisannya bertambah kuat.

" Tolong saya ayah, tolong saya.......kenapa jadi macam ni ayah? " kata si gadis sambil meratap.
" Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal. Sekarang, ayah pun
tak tau nak buat macam mana," jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu.

Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak
berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.

" Emak...ampunkan Saida emak, ampunkan Saida..." gadis itu menangis.
Sambil itu dipeluk dan dicium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak boleh diempang lagi.
" Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal... Saida
menyesal.... .. Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi sambil memeluk
jenazah ibunya yang telah kaku.

Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik
keluar. Beramai-ramai orang cubamengeluarkannya namun kecewa. Apabila
terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur
tersebut perlu dikambus.

" Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat dilihat lagi.
Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja... kalau hujan macam mana?
"kata imam kepada bapa gadis berkenaan.

" Habis anak saya ?" tanya si bapa.
" Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat
isteri awak disempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas imam.

Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang diputuskan,upacara
pengebumian terpaksa diteruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya.
Bagaimana pun kubur dikambus separas lutut gadis saja, cukup untuk
menimbus keseluruhan jenazah ibunya.

Yang menyedihkan, ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talkin
dibaca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun
kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai
berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.

" Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat.
Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi.
Nak tengok apa yang terjadi," kata Jaimi.

" Aku pun nak pergilah," kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikal
masing-masing menuju ke kubur.

Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana . Beberapa buah kereta
polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang
dimaksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak.

Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai kebarisan paling
hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan
kami telah dibuat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter
daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di dalam
kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing.

Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan
adalah kenalan saya.

" Pssstt...Raie. ...Raie..Psstt, " saya memanggil, Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan.
" Boleh aku tengok budak tu? " saya bertanya sebaik saja diadatang ke arah saya.

" Mana boleh. Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya perlahan-lahan seperti
berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan, khuatir ada orang yang tahu.
" Sekejap aja. Bolehlah..." saya memujuk.....

Alhamdulillah, setelah puas dipujuk dia mengalah. Tanpa berlengah, saya
menyusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie, seolah-olah
tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar
kencang. Pertama, risau & takut dihalau keluar. Kedua, tidak sabar hendak
melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.

Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke
pusara yang dimaksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis
memerhatikan kedatangan saya.

Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya
tidak dihalau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat
mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya
ke arah sebuah kubur.

Bila dijenguk kedalam, dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat gadis
berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak.
Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih;
"Emak... ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida
menyesal,
Saida menyesal.... .."

Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang
bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah
ibunya. " Emak...lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan
saya," Ditarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.

Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata
mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat untuk menyelamatkan
gadis berkenaan.

" Sudahlah tu Saida...makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil
menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung
tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya
terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.

Hampir menitis air mata saya melihat Saida. Tidak saya sangka, cerita datuk
dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata.

Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa
menderhakai ibu bapa akan di balas 'tunai'.

Malangnya saya tidak dapat lama di sana . dalam 10 - 15 minit saja
kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak
mahu, terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap " Ampunkan saya emak,
ampunkan saya, Ya Allah, lepaskanlah kakiku ini, aku bertaubat, aku insaf..."

Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik
beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk dibawa keluar, tapi
seperti tadi, tidak berhasil. Saya lihat seorang polis mengesatkan airmatanya.

Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu.
Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan
lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak dibenarkan. Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis, permintaan itu terpaksa ditolak.

Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba.
Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak
henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya terngiang-ngiang di telinga saya.


Saya diberitahu, sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman
masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih
tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa. Namun telah disebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat dikeluarkan.

Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang diberi oleh
bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan
merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.

Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut
mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan
tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang
bercerita.

Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia.
Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari
pada waktu siang dan kesejukan di malam hari.
Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu
sedih sangat dengan apa yang dilakukannya.

Allah Maha Agung...sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah
tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian disempurnakan
seperti mayat-mayat lain.

Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang
melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang 
derhaka.

meleleh air liur cheq..

tadi menerjah blog izah muffin lover hukhukhuk..sedapnye..meleleh2 air liur cheq..dapnye..dapnye..yummy..
semua sedap..rase cam sume nk cube..rase jer..buat 2 belom tentu lg..hikhikhik..

Azam pindah rumah baru..nk masak yg best2 tuk En Amnan..huhuh..maaf ye En Amnan saye sgt2 jarang masak untuk anda..xpe..nati da pindah umah nati..saye masak sesedap untuk anda..antara contoh2 yg teringin bebenor saye nk masak untuk anda..ialah..jeng..jeng..jeng..


saye tahu,,awak akan suke kan mende nye..hihihi..

maceh ye izah muffin lover kerana berkongsi resepi2 yang meyelerakan ini...fuhh..emmm...(sambil melihat jam dinding..baru kul 11.30am k??lmbtnye lg nk berbuke...) huhuhu..

hari ni agak tenang n risau gak lar...awatif da di anta di Taska..cube lar..da xde tempat nk ngasuh si awatif..walaupun berat hati ni,..tp terpakse..nk wat cmne..cume..ape yang boley dikate ialah..
Cheq n En Amnan tawakal jer la..smoga cik atif baik2 jer kt taska tu..

risau mmg sgt risau..tp..tenang rasenye sbb da ade tmpt tuk letak atif sepanjang cheq bekerja..


Cik Atif jadi budak yang baek ye..



Aug 8, 2011

sakit mate Lagi??

sakit mate lg nie..camne..
adeh lar..dapat mc lg 2 hari..nie bkn stakat sakit mate jer nie..pale pn da jadi penin..
akibat terlalu memfokes menggunakan 1 mate..
aritu mate kanan..kini mate kiri pula menerima padah..huhuhu..over sungguh ayat 2..

masalah mencari pengasuh pn blom selesai..
mane nk cari pengasuh tuk anak ku yg cumel itu..
emmm..En Amnan kate..ssh sgt..kite amek bibik aje lar..
tp..cheq cm xsuke de org len dlm umah cheq nati..
hurmm..tp kalo 2 jer jalan nye..terpakse lar..
duwit gaji pn perlu dibajet2 tuk amek bibik..

sib baek government xluluskan bibik nie gaji RM800..klu x..pengsan cheq..huhuhu
cheq nie org biase2 aje..tidak ler kaye raye bebenor..
klu da bibik tu gaji nye smpi RM800..
klu leh..biya die ade degree..melampo x..
ala..paling kurang ade diploma..leh ajar anak2..
xpayah da anta tuisyen..bibik leh ajar...

itu belom masuk bibik lari lagi..ish..makan pakai org kasik..die plak lari..
nak amek bibik ckit pnye mahal..pastu die sesuke hati jer lari..ish..ish..bibik pn risiko neh cmne..
benti kije jer la!!hahahhahah...suke ati jer..hahahahah...

eh..entry pasal sakit mate..apesal plak melalut2 neh..ish,..pape pn..cheq sakit mate.. bersyukur pancaindera anugerah Allah nie..sakit mate nie..Allah bagi reason supaye..bersyukur dengan nikmat yang diberikan kepada kite..Aku bersykur atas segala yang Engkau berikan ya Allah..







Aug 5, 2011

Wanted

Stat minggu depan..da xde org nk jage Cik Atif..emmm..cmne nie..hurmmm..ssh..ssh..fenin Cheq ngan En Amnan..mana nk cari org nk mengasuh Cik Atif..nak anta taska..tkot ramai..klu leh..die tecik lg nie..cheq ngan En Amnan igt nk cari org persendirian dulu wat mase neh..tp..hurm...

Stress rase..En Amnan tu stress ngan tije lg..Alahai ciannye..dugaan btol Ramadhan kali ni..sabar..sabar..ini adalah ujian Allah tuk kami 1 family..ummi n ayah kene kuat..

Ayah..xnak cam semalam ye..klu ayah lemah..ummi pn lemah..ayah kuat..ummi pn akan kuat..kite hadapi same2 semua nie..sabar lah..ade hikmah disebalik semua ni..da bnyk kite lalui..yg nie pn pasti boley!!

ADA KAMU

Di kala ku kehilangan di dalam kegelapan,
Kau suluhkan sinar petunjuk,
Di kala ku kesedihan,
kau ukirkan senyuman,

Dengan penuh sabar memujuk,

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh.

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.


Di kala aku tak pasti,
Kau tampil dengan berani,
Membimbing agar lebih yakin,
Dan bila hidup penuh soalan,
Kau berikan jawapan,
Melengkap semua kekurangan...

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh,


Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Tidak mungkin diri ini mampu,
Hidup tanpa doronganmu,

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,

Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.


~ mari karok bersame cheq ~




Aug 4, 2011

" Saya Mau Join Bloglist Cik Ross "

Cheq nk join blog Cik Ross


Tarikh TUTUP penyertaan adalah......21hb.Ogos.2011,tepat jam 12 tengah malam.

Hand of hope - base on true story..



Gambar ini adalah gambar bayi yang baru berusia 21 minggu yang belum dilahirkan bernama Samuel Alexander Armas yang dibedah oleh seorang doctor bernama Joseph Burner.

Bayi tersebut telah disahkan mengidap penyakit 'spina bifida' yang disahkan tidak dapat diselamatkan jika dikeluarkan dari rahim ibunya. Ibu Samuel, Julie Armas seorang jururawat obstetric di Atlanta. Dia mengenali seorang pakar bedah bernama Dr.Bruner. Dr Burner yg bertugas di Vanderbilt University Medical Center in Nashville, telah menjalankan satu pembedahan khas ke atas bayi ini sewaktu bayi ini masih lagi di dalam rahim.

Sewaktu pembedahan berlangsung, doctor telah mengeluarkan rahim dari seksyen-C dan telah mebuat satu bukaan kecil untuk melakukan pembedahan ke atas bayi tersebut. Apabila doctor tersebut telah selesai menjalankan pembedahan ke atas Samuel, bayi kecil tersebut telah mengenggam jari doctor tersebut melalui bukaan kecil tersebut dengan tangannya yang telah berkeaadaan sempurna.

Dr Burner berkata, ketika jarinya digenggam,itulah saat paling mengharukan dalam hidupnya dan untuk seketika beliau kaku.

Gambar ini telah diambil dengan jelas sekali. Penulis telah menamakan gambar ini dengan tajuk 'Hand of Hope-Tangan Harapan". Dalam tulisannya berkenaan gambar ini,

" Jari kecil bayi berusia 21 minggu,Samuel Alexander Armas keluar dari rahim ibunya untuk menggenggam jari tangan Dr Joseph Burner seolah-olah berterima kasih kepada doctor yang menghadiahkan sebuah kehidupan kepadanya".

Ibu Samuel berkata, mereka menagis beberapa hari apabila melihat gambar tersebut. Dia berkata,

"Gambar ini mengingatkan kita bahawa mengandung bukanlah mengenai kecacatan atau penyakit,tp ia adalah mengenai seorang insan kecil."

Samuel dilahirkan sihat dan pembedahan ke atasnya dilaksanakan dengan berjaya.

Surprise!!

Disebabkan keserabutan yang melanda 2-3 hari neh..xsmpt nk memikirkan adiah ape yang sesuai n ape yang patut aku wat untuk surprise kan birthday incik suami..boring ar sbb yg kene surprise selalunye aku..Incik Amnan pandai kenakan aku..muke suci xley blah..tp!!dlm mee ade udang..eh..cmne..udang ade dlm mee..eh..camne peribahase 2?? alahai..emm...em...ade udang disebalik mee arrr....adoii yai...blurr lg ke arini..huhuhu

dtg2 kije aku da serabut perot..ape nk wat neh..emm...tertibe..teng!! dpt idea..troz meluahkan isi kepale pade nadia..nk wat cmni dek..bla...bla..bla..perbincangan dilanjutkan..dan proses2 merealisasikannya pn sedang dirancang dengan teliti..

Malamnye g menyeprisekan En Amnan..(perosak bahase btol dak sowg neh)..huhuhu..menjadik!! fuh..fuh..fuh..


~ Brownies Wulnut SR kegemaranku..yummy ~


~ Aksi memotong kek..ade 2 kek..1 kek lg..Adam pnye ~


~ Adam yang menyambut Besday same ngan En Amnan ~





~ Antara rakan-rakan yang hadir..TQ so much for coming =) ~


~ Present Spesel wat En Amnan..huhu..apekah di dalam itu ??..jeng..jeng..jeng ~


~ Gamba tenet jer aku cilop..xsempat nk amek gamba mende nie mlm smlm..hihi ~

Pape pn saye sgt gembira kerana berjaye surprise kan En Amnan..dan bertambah2 gembira lagi apebila melihat En Amnan membuke hadiah sambil melompat2 kegembiraan..muahahahah...

time cih pade cine yg jual PSP semlm sbb bg bnyk free gift..AKU YANG PAKSE DIA BG!! hahahahah..n sorry gak bising dlm kedai ko smlm n wat ko stress..sian ko..hahahha

maceh gak kt kak yan yang menjage line..sbb kitowg kua 2 jam!!hhahhaha..sowy kak yan..

* Special Thanx : Nadiah, Murad & Hafidz PROSBOC..
                           Sorry ssh kan kowg semlm..n wat kowg penin ngan karenah cheq semlm..huhu..


Aug 3, 2011

Selamat Hari Lahir Sayang..

Tetibe arini blank jew..dlm 2-3 arini jiwe kacau btol..tapi pape pn...nk wish..


Selamat Hari Lahir..buat insan teristimewa dlm hidup..
EN AMNAN ASRI..huhu..smoga dirahmati Allah..diterima semua amalan..dijauhi segala kemusykilan dan kesulitan..semoga kite berbahagia selalu..aminnn..luv u yawww!!huhuhu

~ Selamat Hari Lahir HUbby ~

* xlupe jugak pada anak buah cheq..Imran Syazwan..yang menyambut hari lahirnye same dengan En Amnan..huhuhu.. Selamat Hari Lahir Dek Wan..sayang anak Makcik yang sowg neh..hihi *


~ Dek Wan berposing berlatar belakangkan Tok ayah..(Pcik Soid)..huhuhu ~ 


Aug 1, 2011

Maafkan ummi sayang...

melihat anak kecil ku menangis sekuat hati sambil teresak2..terusik naluri hatiku...Andai anak ini boleh memahami betapa peritnye melihat die menangis..akan khabarkan padanya agar die mengerti..tp die hanye seorang bayi yang hanya mampu menangis apebila tidak suka..dan tersenyum apabila diagah..
hmm..

Sayang..
Ummi ngan ayah da buntu..stress..rungsing..xtahu nk buat mcm mane lg..
ummi terkedu apabila tok terus terang ngan ummi..
ummi bgtau ayah..ayah tersentap..ayah buntu..ummi buntu..xtau mne nk cari pengasuh dlm keadaan terdesak nie..ummi ngan ayah sedey..nape ssh sgt ye atif..sian anak ummi nie..hurmmm..

Sayang..
Ummi biarkan Atif menangis bukan ummi xsayang..ummi nk ajar Atif aje..bukan ummi xsedey tgk atif menangis macam 2 sekali...ummi menangis dalam hati..tp ape kan daya ummi terpaksa sayang..xde care lain lg sayang..ummi terpaksa..

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan

Assalamualaikum...

Entry kali nie agak baik ckit..siap ade salam lg..muahahahha..bkn ape..kite da masuk bulan Ramadhan..Alhamdullilah..bertemu lg Cheq ngan bulan ramadhan..bulan yang penuh keberkatan..Allah panjang kan umur Cheq tuk membuat sebnyk mungkin pahala untuk bekalan Cheq diakhirat nanti..Syukran Ya Allah..

Even 1st ramadha pn..cheq da terlambat sahur pg td..sib baek En Amnan kate die kenyang..tp cheq pujuk gak die mkn ckit..xbaik..sahur 2 ade pahala..bgn jugak En Amnan..Alhamdullilah...

nie nk kongsi ckit madah pujangga dari cheq..khas wat anda semua..muahahhaha...


Ramadhan...
kehadiranmu adalah rahmat Allah
terasa debar di hati sukar ditahan 

Ramadhan kali ini..
Aku mengharapkan sesuatu yang lebey bermakna
Siapa aku ramadhan yang lalu?
Seorang insan yang jahil tidak menikmati indahmu...

Ramadhan
Datang da pergimu tanpa meninggalkan kesan pada hati
Ramadhan kali ini..
Ku mohon pada mu ya Allah bersihkan jiwaku
Agar peluang menelusuri ramadhan dengan penuh rahmat Ilahi

Ku panjatkan doa agar Kau ampunkan segala dosaku, dosa suami ku..ibubapaku, ahli keluargaku,rakan2 ku..serta insan2 disekelilingku..
Aku yakin kerana pintu langit Mu sentiasa terbuka luas..
pintu rahmat Mu sentiasa menaungi setiap hamba-Nya yang taat..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...