MAKNA BACAAN DALAM SOLAT


kt sini nk sentuh sikit pasal solat..
ramai yang solat..tp..xramai yang tau..ape maksd setiap ayat yang kite baca ketika dlm solat..
penah kah anda terfikir..
ketika dalam solat adalah masa kite berdialog dengan Maha Pencipta..
tp xsume yang menghayati..
solat..sekadar solat..sekadar buat..
kepada Muslimin n Muslimat sekalian..sume tu xcukup..
kite kena paham ape yang kite baca..
oke..mari kite mulakan..





DOA IFTITAH
Segala kebesaran dan segala pujian adalah untuk Allah sebanyak-banyaknya.
Maha Suci Allah setiap pagi dan petang
 Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menjadi langit dan bumi dengan keadaantunduk, berserah diri dan bukannya aku termasuk dalam golongan orang musyrik
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, dan matiku hanyalah untuk Allah semesta alam.
Tiada sekutu bagiNya kerana itu aku rela diperintah dan aku ini adalah termasuk golongan orang muslimin.

DOA AL-FATIHAH
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang 
Segala puji hanya untuk Allah, penguasa alam semesta
 Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Yang menguasai hari Akhirat
 Hanya kepada Engkau sahajalah kami menyembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami minta segala pertolongan
Tunjukkan kami jalan yang benar
Jalan orang yang Engakau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang yang sesat..
Perkenankan lah..

KETIKA RUKUK
Maha Suci Tuhan yang  Maha Mulia

KETIKA IKTIDAL
SesungguhnyaAllah Maha Mendengar orang yangmemujiNya
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya untuk Engkau segala pujian

KETIKA SUJUD
Maha Suci Tuhan yang Maha Tinggi

TASYAHHUD AWAL/AKHIR
Segala kehormatan segala keberkatan, segala doa segala kebaikan itu kepunyaan Allah.
Sejahteralah Engaku wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya
Sejahteralah pula kai dan hamba Allah yang baik-baik
Aku mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah
Dan aku mengaku Nabi Muhammad itu pesuruh Allah
Ya Allah, sejahterailah atas Muhammad (Awal) dan seluruh keluarga Muhammad
Sebagaimana Engaku sejahterakan atas Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim
Berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad
Seperti Engakau telah berkati Ibarahim dan keluarga Ibrahim
Sesungguhnya Engaku Maha Terpuji lagi Maha Tinggi (Akhir)

DOA QUNUT
Ya Allah, tunjukkilah aku sebagaimana orang yang telah Engkau tunjuki
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang yang telah Engkau sejahterakan
Pimpinlah aku sebagaimana orang yang telah Engkau pimpin
Berkatlah hendaknya apa-apa yang telah Engkau berikan kepada ku
Jauhkan lah aku dari segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan
Sesungguhnya hanya Engkau sajalah yang menetapkan, dan tidak ada siapapun 
yang berkuasa menetapkan sesuatu selain dari Engkau
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolah pimpinanMu
Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi
Telah memberi berkat Engkau, Ya Allah dan maha tinggi Engkau
Maka hanya Engkau tetapkan,
Aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau
Dirahmati Allah jugalah kiranya Muhammad, nabi yang buta huruf
Keluarganya dan sahabatnya, dan berikan nya kesejahteraan..

nota kaki : Alhamdullilah..harap2 lepas baca nie..cheq dan kawan2 yang muslim dptlah solat dengan lebey khusyuk..Alhamdullilah..








Comments

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI AJAK BACA BLOG AKU

Garam Bukit Himalaya..Percaya atau Tidak??