OMBAK RINDU..NOVEL & FILEM..YANG MANA LEBIH TRAGIK??


Hi sume pembace2 cheq..
oke arini cheq nk kongsi ngan kawan2 sume pasal novel terkenal nie ha..\

Ombak rindu..
mmg ramai yang penah bace novel nie..jadi top seller..
itu pasal die buat movie plak cite nie...
buku nie da bape kali cetak da..hihii...cheq pn da bape kali bace da..
tp stil xdapat nk memiliki buku nie..hurmm..tgk!..pnye lar topnyer novel nie..
cheq asek pinjam aje buku nie..dari kawan..
dulu nk beli mase skolah..duwit xdok..nie da keje..ade duit..buku plak xder..
hukhukhuk...
alahai...da melalut da nie ha..okey..sudah!!..sudah!!mari kite cite sal novel nie plak..


~ cover depan novel ombak rindu ~

mari kite review sikit sinopsis belakang buku nie..

Sinopsis : OMBAK RINDU IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

Sinopsis untuk filem xbeze sgt pn ngan novel..
mane leh jauh..kang jadi ombak laut plak tajuk cite nie kan..
filem nie akan di tayangkan pada 1 December 2011..
huiii...da xlame...misti ramai yang da xsabar nk tgk..termasuk lar cheq..
nie poster untuk filem ombak rindu


Antara barisan pelakon2 yang membintangi filem ini ialah..
Aaron Aziz (Hariz), Maya Karin (Izzah), Lisa Surihani (Mila) dan Bront Palarae..

oke lah..meh sini cheq sikit lg pasal filem nie..sedia semuaaaaa...
oke jom!!!!...


Filem Ombak Rindu 2011..

Filem yang diadaptasi dari novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang percintaan dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbeza dan mere terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang dijual oleh bapa saudaranye kapada sebuah kelab hiburan KL untuk dijadikan pelacur. Hariz, anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG thelah membeli Izzah untuk dijadikan perempuan simpanan. Namun, Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.

Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak boleh menuntut sebarang hak sebagai isteri. Namun, Hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh kelembutan. Hariz kemudian menikahi Mila setelah didesak oleh Datuk Sufiah. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalanraya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari rumah Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.

Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah mempunyai hubungan dengan lelaki lain. Hariz marah dan memberitahu bahawa dia akan digantung tidak bertali. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah telah memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah..

Hariz menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali ke pengkuannya. Mila datang ke kampung Izzah untuk menuntut cerai. FIlem ini berakhir dengan Izzah san Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi..


anda lebey suke yang mane? cerita die same jer sebenarnyer..yang berbeza adalah..
buku..xdapat nk tgk..cume ade bayangan image dlm fikiran kite jer..
yang filem..kite leh nmpk dengan mate kepale sendiri..huhuh..yang mne lebey tragik??
anda sendiri yang menilainye..oke 1st December..mari kite meriah kan pangung ngan cite neh..

nota kaki : cheq suke dua-dua..buku suke..filem pn suke..lg2 Aaron Aziz yang berlakon..fuhhh...xdapek nk lepaskan peluang neh..hihhi...kalau sesiape yang penah bace novel nie..korang perasan x? watak si Hariz nie sgt2 sesuai dengan Aaron Aziz..klu dalam novel seperti penulis gambarkan tu..sgt same dengan Aaron Aziz kan?..hihihi.. bile lar dapat nk beli buku nie..ke...ade sesiape nk hadiah kan pada cheq??mmg xder la jawapan nyer..hahahah



Comments

  1. kak sham suka buku.. so far mana2 yg adaptasi novel, sgt mengecewakan bila jadi filem or drama..

    :-)

    ReplyDelete
  2. huhuhu..btol..cam lagenda budak setan 2..ish..
    xbesh..xbesh..
    tp yang nie ira nk tgk kak sham..sbb ade Aaron Aziz gitu..hahahhah

    ReplyDelete

Post a Comment

Yang Mengomen

Popular posts from this blog

Garam Bukit Himalaya..Percaya atau Tidak??

BEN ASHAARI AJAK BACA BLOG AKU

SEGMEN : BEN ASHAARI TANYA KENAPA BLOG SAYA LAIN DARI YANG LAIN