HUKUM MENGAHWINI WANITA HAMIL


Hanya renungan untuk diriku&rakan2 yang beriman dalam mendapatkan kebahagiaan dunia dan kecemerlangan akhirat nanti…
 
Fikirkan. Dan amalkan. Dan sampaikan.
 



Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5. Perkahwinan
seumpama ini hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya
memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat  tahu anak pregnant  luar
nikah, cepat cepat  kahwinkan. Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK
SAH, maka pasangan itu  kelak hidup dalam zina sampai bila-bila...
 
Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak  persoalan  lain
timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda  di  sini
kerana ianya amat penting:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum
berkahwin didapati hamil anak luar nikah? 


Jawapan 1 : Gadis itu  tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.
....................................................................................................................
 
Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia  mengahwini
gadis itu, bolehkah mereka bernikah?


Jawapan 2 :  Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu
dilahirkan.
....................................................................................................................
 
Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin? 


Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh
mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada
bayi yang dikandung itu.
.................................................................................................................... 

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk
memperbetulkan keadaan? 


Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan  itu mestilah menunggu
sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak  mengandung, barulah
mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.
.................................................................................................................... 

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
 

Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina  kerana pernikahan itu
tidak sah.
..................................................................................................................... 

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah? 


Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk
menuntut apa-apa daripada ayahnya.
........................................................................................................................ 

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada  anak
tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya
sendiri? 


Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.
......................................................................................................................... 

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (atau
bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang
sewajarnya? 


Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga
perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.
..........................................................................................................................
Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah
saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain
sendiri? 


Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab
anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan
keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan
tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

nota kaki : actually cheq baru jer dpt tau pasal hal ni dlm sebulan yg lepas..nmpk mcm simple..tp berat..boley jadi keturunan..so kawan2..same2 kite kongsi dan amek iktibar..klu bende nie jadi depan mata kite..hendaklah ditegur..wassalam...

Comments

  1. memg kalo baca ruangan agama, byk isu dibangkitkan berkaitan soalan nie. tp di Malaysia kita mengunakan garis panduan yg dikeluarkan oleh mazhab Imam Syafie. Dan menurut imam syafie, perkahwinan adalah sah dan segala soklan di atas ini td dijawab oleh JAKIM. Boleh rujuk di laman web JAKIM, Halaqah.net atau Belia Islam Ampang. Dkt c2 jawapan lbh kukuh beserta nas dan dalilnya..wallahualam..

    ReplyDelete
  2. boley bg link x..saye xjumpe..dan kami di ofis sudah membahaskan perkara ini..dan jawapn nyer sama..itu yg nk tau sgt JAKIM jawab ape akan isu ni..

    ReplyDelete
  3. linknya boleh tgk di sini yer

    http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/9500

    http://belia-islam-ampang.blogspot.com/2008/07/hukum-mengahwini-wanita-hamil-anak-luar.html

    http://halaqah.net/v10/index.php?topic=7680.0

    kalo nk lbh detail. boleh rujuk pd yg arif..sekadar pengongsian..

    ReplyDelete

Post a Comment

Yang Mengomen

Popular posts from this blog

Garam Bukit Himalaya..Percaya atau Tidak??

BEN ASHAARI AJAK BACA BLOG AKU

SEGMEN : BEN ASHAARI TANYA KENAPA BLOG SAYA LAIN DARI YANG LAIN